Sunday, 20 May 2012

NIKMAT



Melihat dan menilai dunia dengan cara tersendiri. segala nikmat yg di kurniakan aku guna dalam setiap tangga pendakian kehidupan, segala yang di lalui tidak pernah di sesali kerana aku menganggap ia sebagai satu erti pengalaman yang membawa lebih dewasa. mulut, mata, hidung, telinga dan akal satu nikmat terbesar yang di kurniakan Dia untuk aku dalam menikmati dunia. mengucap kata mengikut langkah, memandang sudut mengikut arah, menghidu bau biar betul caranya  dan mendengar suara biar dari gelombang yang benar dan keputusan di buat biar datang dari akal yang pintar. Biar ada bodoh dalam hidup tapi jangan ada sombong dalam hidup. lain sifat lain citarasanya, melalui ini aku membawa diri aku mendekati sekelilingku dan melalui ini aku belajar erti menghormati sekelilingku

No comments:

Post a Comment