Hidup berteraskan prinsip menjaga hati manusia lain adalah sifat diriku, seperti biasa, tiada manusia dapat lari dari kesilapan, dan dari situ wujudnya naluri untuk aku terus hidup dalam dunia yang penuh gelombang ini, mencari jawapan melalui melihat. melihat bukan dengan melihat kosong. muhasabah diri sejauh mana aku. aku tidak pernah kesal mengenal dunia walaupun aku tahu dunia yang aku kenal ini sebenarnya memamahku. dengan ilmu aku hadapinya, dengan sahabat disisi aku terjahinya.. sejauh mana diri aku dengan teman??? selagi ada teman yang sanggup usapkan air mata aku dikala suka duka itu lah teman bagi ku, “bukan senang nak senang, bukan susah nak susah” pesanan azimat ibuku kepada ku menjadi panduan dalam mencari sinar hidupku, selagi boleh kau harungi, selagi itu lah kau semakin kuat, aku percaya segala ini adalah dugaan dariNya, tiada ku kesali dilahirkan begini kerana ku percaya suatu masa ada harinya untuk aku tersenyum lebar menikmati ciptaanNya. ku rasa cinta segalanya, tetapi ingat sesungguhnya cinta yang ikhlas, telus, dan kefahaman tidak dirasa ketika dilamunnya nescaya sakit di penghujungnya. bagiku ku, ku serahkan segalanya pada cinta, mengharap di lain hari bahagia hendaknya, moga cinta melihat segalanya, moga cinta merasa segalanya, moga cinta berakhir dengan berkekalan akhirnya. Namun cinta pada bonda dan ayahanda tidak pernah ku selingkupkan, begitu juga sahabat. mereka umpama tenaga yang setia menguatkan aku dalam kehidupan. jawapan yang di cari masih jauh untuk dijawab, masih perlu di terokai, dengan cinta-cinta yang ada aku akan teruskan, andai kata tak panjang umurku, mereka lah penyambung warisanku dalam mencari setiap jawapan dalam setiap persoalan hidup ini..
Razlan Sallehudin
No comments:
Post a Comment