Monday, 21 May 2012

Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu Paradoks

Tanah air Ku Malaysia yang kaya dengan masyarakat yang berbilang kaum dan saling hormat menghormati yang di amal dari zaman nenek moyang dahulu lagi adalah menjadi tunggak atau tunjang yang mengukuhkan antara satu sama lain tidak kira bangsa, agama dan etnik. Perubahan teknologi adalah satu perkembangan dunia yang juga berkembang pesat di Negara kita. Antaranya ialah internet. Bermula dari tahun 90an Negara kita di kenalkan dengan internet dan semenjak itu satu persatu perubahan yang memajukan Negara kita dapat dilihat melalui alam siber. 

        Menurut artikel “Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu Paradoks” karya Dr. Rahmat Ghazali, saya melihat pandangan beliau dari segi kebebasan berita dan informasi sangat perlu di titik beratkan oleh segenap masyarakat di Malaysia. mengapa saya berkata begitu kerana kita layak dan bebas memberi pandangan tetapi untuk sesetengah perkara kita perlu ada batasan dalam memberi pandangan. Kerana bercakap tentang seseorang terutama orang kenamaan atau menteri kita mungkin akan di ambil tindakan jika keterlaluan.

           Malah bagi Negara yang berbilang kaum kita juga perlu menghormati bangsa-bangsa lain serta agama yang di anuti mereka. Tidak molek untuk kita sebagai rakyat yang prihatin untuk bercakap atau mengkritik agama lain. Kerana polisi ada mengatakan negara kita bebas beragama. Jadi tidak kira islam, budhha, hindu, kristian kita sesama kita perlu menghormati agama masing-masing.

           Internet media di Malaysia adalah satu medium media yang sering di gunakan masyarakat kini. Segala berita dan informasi dapat di cari hanya melalui internet. Tetapi kita sebagai pengguna perlu bijak dan tahu untuk membuat pilihan dan pandangan diantara mana satu yang benar ataupun hanyalah propaganda sahaja.  Tidak berkata medium ini kurang berkesan, Cuma perlu bijak supaya tidak terpedaya. Melihat dengan akal walaupun pada zahirnya menggunakan mata. Segala informasi dan berita yang terlalu bercanggah perlulah kita selidik semula. Supaya segala informasi dan berita yang kita terima melalui media ini dapat di gunakan.

           Jika di bandingkan dengan media cetak, sudah tentu internet media lebih mudah dengan hanya klik pada segala informasi yang anda berminat untuk membaca. Namum media cetak juga ada kelebihannya kerana sususan bahasa, ayat dan perkataan yang mengikut tatabahasa yang betul dan segala informasi ditapis sebelum di siarkan.

No comments:

Post a Comment