Friday, 18 May 2012

LANGKAH

Beribu tapak tidak terkira aku melangkah, demi mencari di mana sebenarnya aku. menitis kering air mata, tapi masih tidak ketemu di mana jawapan ku, bukan niat meraih simpati, hanya mencari masa seketika untuk bersendiri, selangkah demi selangkah aku berjuang tetapi tiada siapa menghargainya. teguhnya tiang selama ini akhirnya runtuh dengan sekelip mata, segala harapan musnah begitu sahaja. di mana silapku, setia aku mencari tetapi hingga kini tidak ku temui. mengharap kau hadir di hadapan jasad ku, mengungkap segala kenangan kau dan aku, mungkin bisa aku tersenyum, tetapi semua ini tidak wujud malah kau tergesa-gesa mahu aku lakukan keputusan yang aku sendiri tidak mampu melakukannya. aku tabahkan hati, aku kuatkan iman, aku lapangkan dada, aku halang suara kecil hati ku untuk berteriak kerana aku yakin aku sayang kan kau. indahnya jika segala ini selalu bermain di matanya, aku cuba terima seadanya diri kau, tetapi kau tak pernah fikir semua itu, yang kau fikirkan lebih baik putus hubungan kalau tidak tertahan, apa membuta tuli kah aku mahu menahan kalau aku tidak menyintai kau, kerana cinta aku tahan kerana sayang aku tahan segala nya, mengapa kau tidak mengangap segala yang aku lakukan ini sebagai satu semangat untuk kau berubah melayani aku sebagaimana nya aku. dengan sabar aku bertaruhkan demi kau, untuk melihat suatu masa kau hadir dan ucapkan yang kau bisa berubah segalanya yang aku inginkan demi kebaikan kita. INSYAALLAH

No comments:

Post a Comment