Sunday, 20 May 2012

NIKMAT



Melihat dan menilai dunia dengan cara tersendiri. segala nikmat yg di kurniakan aku guna dalam setiap tangga pendakian kehidupan, segala yang di lalui tidak pernah di sesali kerana aku menganggap ia sebagai satu erti pengalaman yang membawa lebih dewasa. mulut, mata, hidung, telinga dan akal satu nikmat terbesar yang di kurniakan Dia untuk aku dalam menikmati dunia. mengucap kata mengikut langkah, memandang sudut mengikut arah, menghidu bau biar betul caranya  dan mendengar suara biar dari gelombang yang benar dan keputusan di buat biar datang dari akal yang pintar. Biar ada bodoh dalam hidup tapi jangan ada sombong dalam hidup. lain sifat lain citarasanya, melalui ini aku membawa diri aku mendekati sekelilingku dan melalui ini aku belajar erti menghormati sekelilingku

“Small man but have a big brain"

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, born 10 July 1925, was the fourth Prime Minister of Malaysia. He held the post for 22 years from 1981 to 2003, making him Malaysia’s longest-serving Prime Minister, and one of the longest-serving leaders in Asia. Mahathir’s political career spanned almost 40 years, from his election as a Malaysian federal Member of Parliament in 1964, until his resignation as Prime Minister in 2003. 



SHOULD BE

Life may be hard on you, but you shouldn’t be hard on life.


JUST A FRIENDSHIP QUOTE

We can do what ever we want to do. but once your best friend say stop. just stop because they know how far we can go..

ILLUMINATI




Kenapa sekarang masyarakat kita baru nak sibuk pasal illuminati, kenapa tidak dulu? adakah ini trend? gambar sana sini, video dan dokumentari, memang benar medium-medium ini menyedarkan kita tentang illuminati, tetapi masalah masyarakat kita ini terlampau taksub dengan semua ini. hinggakan apa yang di lihat dan ada unsur-unsur tiga segi semua nya illuminati walaupun kewujudan benda itu terjadi secara kebetulan. sebenarnya medium-medium ini lah yang sepatutnya menyedarkan dan menjauhkan kita dari illuminati tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. minda kita telah ditetapkan  ke arah illuminati, hinggakan semua benda kita mahu libatkan dengan illuminati, sikit-sikit illuminati. kita ada pegangan kita sendiri, jadi lebih baik kita kaji keindahan pegangan kita, kita tunjuk kemuliaan pegangan kita, kita percaya dengan pegangan kita, jangan biar anasir-anasir itu menguasai kita. kerana perkara ini berlaku dalam kita tidak sedari, 

SIAPA LAGI KALAU BUKAN KITA!


Mungkin negara kita tidak semaju negara-negara lain, mungkin negara kita bercuaca panas, mungkin negara kita lambat penerimaan teknologinya, mungkin bangsa kita masih kolot, mungkin pelik bahasa pertuturan kita, mungkin lebih bergaya apabila menggayakan fesyen barat. tetapi mungkin kita tidak mendalami siapa kita di atas segala kemungkinan yg berlaku ini. menjadi perbualan remaja-remaja kini tentang kemegahan negara-negara barat. ya, kita akui memang negara mereka lebih maju dari negara kita, tetapi tidak perlu kita perlekehkan negara kita sendiri, hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik penuhkan ilmu didada tentang bangsa sendiri, negara sendiri moga tidak malu di kemudian hari, mana lah kita tahu tiba-tiba suatu hari orang luar bertanyakan soalan di mana lebihnya bangsa, adat dan negara kita, mungkin ketika itu baru kita tersipu-sipu malu kerana tidak tahu apa yang nak dijawabkan.jauh perjalanan luas permandangan. dari situ kita melihat betapa untung nya kita berada di negara ku tanah tumpah ku. tidak salah berbahasa asing tetapi biar kita lancarkan dulu bahasa ibunda kita. tidak salah menghafal lagu-lagu barat, tapi biar kenal dulu dari mana asal nya lagu ghazal, boria, dikir barat dan lain-lain. mungkin bagi kita filem-filem melayu tidak menjadi pilihan utama untuk di tonton. atas sebab kualiti, jalan cerita, props dan skripnya membosankan disamping ada yang malu untuk mengaku menonton filem melayu. mengapa begitu? percayalah segala kemahuan kita untuk setanding negara maju lain tidak akan kemana jikalau kita sendiri bersikap begini. kita tidak sedar bahawa pengakuan kita tidak kolot dan mengikut peredaran masa adalah silap sama sekali jikalau begini gaya pemikiran kita. ini sebenarnya pemikiran orang kolot. ingatlah siapa lagi kalau bukan kita dalam membangunkan bangsa kita negara kita. menuntut ilmu biar sampai ke negara cina. disini kita dapat lihat jauh kita mengembara banyak pengalaman kita dapat. melalui pengalaman kita belajar, melalui pengalaman kita melihat dan melalui pengalaman kita kemudi nakhoda hidup kita dengan lebih sempurna. segala baik, buruk, susah dan senang kita dapat belajar dan melalui ini baru kita tahu betapa indahnya sesuatu benda. setiap benda ada kelebihan nya. begitulah bangsa dan negara kita, jika kita pandai menghayatinya nescaya kita hanya tersenyum dengan apa yang dilalui.  =)


MENCARI JAWAPAN DALAM PERSOALAN DUNIA


Hidup berteraskan prinsip menjaga hati manusia lain adalah sifat diriku, seperti biasa, tiada manusia dapat lari dari kesilapan, dan dari situ wujudnya naluri untuk aku terus hidup dalam dunia yang penuh gelombang ini, mencari jawapan melalui melihat. melihat bukan dengan melihat kosong. muhasabah diri sejauh mana aku. aku tidak pernah kesal mengenal dunia walaupun aku tahu dunia yang aku kenal ini sebenarnya memamahku. dengan ilmu aku hadapinya, dengan sahabat disisi aku terjahinya.. sejauh mana diri aku dengan teman??? selagi ada teman yang sanggup usapkan air mata aku dikala suka duka itu lah teman bagi ku, “bukan senang nak senang, bukan susah nak susah” pesanan azimat ibuku kepada ku menjadi panduan dalam mencari sinar hidupku, selagi boleh kau harungi, selagi itu lah kau semakin kuat, aku percaya segala ini adalah dugaan dariNya, tiada ku kesali dilahirkan begini kerana ku percaya suatu masa ada harinya untuk aku tersenyum lebar menikmati ciptaanNya. ku rasa cinta segalanya, tetapi ingat sesungguhnya cinta yang ikhlas, telus, dan kefahaman tidak dirasa ketika dilamunnya nescaya sakit di penghujungnya. bagiku ku, ku serahkan segalanya pada cinta, mengharap di lain hari bahagia hendaknya, moga cinta melihat segalanya, moga cinta merasa segalanya, moga cinta berakhir dengan berkekalan akhirnya. Namun cinta pada bonda dan ayahanda tidak pernah ku selingkupkan, begitu juga sahabat. mereka umpama tenaga yang setia menguatkan aku dalam kehidupan. jawapan yang di cari masih jauh untuk dijawab, masih perlu di terokai, dengan cinta-cinta yang ada aku akan teruskan, andai kata tak panjang umurku, mereka lah penyambung warisanku dalam mencari setiap jawapan dalam setiap persoalan hidup ini..
Razlan Sallehudin